Baru-baru ini pelakon dan penyanyi, Lee Joon dan pelakon Jung So Min telah mengumumkan bahawa mereka telah berpisah, selepas tiga tahun menjalinkan hubungan percintaan.
Syarikat Prain TPC telah mengumumkan bagi pihak Lee Joon dengan berkata, “Ia adalah benar bahawa Lee Joon dan Jung So Min telah berpisah. Lee Joon akan membuat pengumuman kepada umum dalam sedikit masa lagi.”
Syarikat penerbitan Jung So Min, Blossom Entertainment, juga turut membuat pengumuman yang serupa, “Selepas disahkan oleh seseorang, kami mendapat tahu bahawa berita mengenai perpisahan pasangan tersebut adalah benar.”
Lee Joon dan Jung So Min pertama kali mengumumkan hubungan mereka kepada pada tahun 2017, selepas bekerjasama dalam sebuah drama ‘My Father Is Strange’. Kedua-dua mereka juga telah mengekalkan hubungan mereka sepanjangan perkhidmatan ketenteraan mandatori yang dijalani oleh Lee Joon. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2020/06/page-17-C_27062020.jpg)