Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Lee julang trofi Terbuka Wanita AS ke-77

    WASHINGTON, 6 JUN – Pemain dari Australia, Minjee Lee menjuarai Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) ke-77 kelmarin, dengan empat pukulan kemenangan menambah rekod kejayaan dalam kerjayanya.

    Pemain dari Perth berusia 26 tahun tersebut membuat pukulan pada par 71 semasa pusingan akhir di padang Pine Needles di Selatan Pines, Carolina Utara, untuk memberi penyudah yang penuh bergaya pada acara 72-lubang dengan mencatat rekod 13-bawah-271.

    Lee, pemain nombor empat dunia, yang meraih gelaran juara pertamanya pada Kejohanan Evian tahun lalu, mengikuti jejak langkah mentornya dari Australia iaitu Karrie Webb, seorang pemain yang pernah memenangi Terbuka Wanita AS di Pine Needles pada tahun 2001.

    Sementara itu, rekod kemenangan terdahulu pada pertandingan 72-lubang dengan memperoleh keseluruhan 272 ialah Annika Sorenstam dari Sweden pada tahun 1996 dan rekod tersebut diatasi oleh Juli Inkster dari AS pada tahun 1999. Manakala Chun In-gee dari Korea Selatan pada tahun 2015.

    Lee berjaya merangkul gelaran LPGA kelapannya setelah berjaya menewaskan Mina Harigae dari AS, kedua dengan catatan 275 selepas menamatkan 72 pukulan, dan juara telah meraih rekod hadiah utama berjumlah AS$1.8 juta dari AS$10 juta, menjadikan Lee adalah pemain golf wanita terkaya dalam sejarah.

    Selain itu, Choi Hye-jin dari Korea Selatan berada di tempat ketiga dengan catatan 277 secara keseluruhan, satu pukulan mendahului pemain nombor satu dunia, Ko Jin-Young dari Korea Selatan dan Lydia Ko dari New Zealand menduduki tempat kelima dengan catatan keseluruhan 279.

    Dalam perlawanan tersebut, Lee mendahului tiga pukulan ke atas Harigae dan enam pukulan secara keseluruhan. Melakukan birdie berturut-turut untuk mencapai 15-bawah par, membuat pukulan birdie ke lubang kedua yang memberinya pendahuluan kepada lima pukulan tetapi pukulannya mendarat pada bunker dan membuat bogey pada par bawah lima. – AFP

    Minjee Lee bergambar bersama trofinya selepas memenangi kejohanan Terbuka AS Wanita ke-77 di Pine Needles. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...