Wednesday, February 19, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jun Ho bertongkat, teruskan jelajah bertemu peminat

    Dalam keadaan bertongkat, penyanyi dan pelakon Lee Jun Ho tetap gigih meneruskan siri jelajahnya bertemu peminat antarabangsa.

    Jun Ho, 34, dilihat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dengan menggunakan tongkat selepas tamat konsert ‘Midnight Sun’ di Jepun pada Isnin lalu.

    Menurut kenyataan rasmi dari agensinya iaitu JYP Entertainment, Jun Ho menerima rawatan merawat kecederaan ligamen yang berlaku akibat jadual kerja terlalu padat.

    Jun Ho dilihat bertongkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, menurut petikan dari mStar Online.

    “Lee Jun-ho baru-baru ini mengalami kecederaan ligamen dan kini sedang menjalani rawatan,” katanya.

    Namun begitu, Jun Ho tetap berusaha memenuhi komitmennya termasuk menghadiri pertemuan dengan peminat.

    Malah peminat turut mendoakan kesembuhannya dan berharap pelakon itu dapat menjaga kesihatan sepanjang tempoh pemulihan ini.

    Sekadar info, Jun Ho memulakan kerjayanya pada 2008 sebagai anggota kumpulan K-pop terkenal, 2PM sebelum beralih ke bidang lakonan.

    Antara drama popular yang melonjakkan namanya termasuk Rain or Shine, The Red Sleeve dan King the Land. – Agensi

    Jun Ho bertekad bertemu peminat walaupun sedang alami kecederaan ligamen. – Koreaboo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda