Monday, March 3, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jun Ho dianggap kena cabul dicium peminat

    Anggota 2PM iaitu Lee Jun Ho berdepan gangguan seksual ketika bertemu peminatnya di sebuah acara di São Paulo, Brazil.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Jun Ho yang juga seorang pelakon sedang fokus membuat persembahan di atas pentas.

    Pada awalnya, dia menunduk tubuhnya untuk mendekati peminat yang sedang mengambil gambar.

    Bagaimanapun, seorang wanita tiba-tiba memeluk lehernya lalu mencium pipi Jun Ho.

    Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga tersenyum lebar apabila keinginannya tercapai.

    Jun Ho dilihat terdiam seketika lalu beredar dari kawasan tersebut.

    Kejadian itu membuatkan peminat Jun Ho marah malah menganggap wanita berkenaan mengambil kesempatan di atas kemesraannya.

    “Buat wanita di Brazil, kami tak tahu cara anda bermesra menggunakan ciuman, tapi Jun Ho artis Korea! Sila hormat dia.

    “Jangan buat sentuhan berat seperti itu tanpa persetujuan Jun Ho!

    “Anda bukan peminat tapi pencabul!,” antara komen warganet. – Agensi

    Jun Ho dilihat terkejut dengan tindakan wanita berkenaan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda