Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jung Jae bintangi drama romantik Annoying Love

    Lee Jung Jae bakal membintangi drama baharu tvN bertajuk Annoying Love, yang dijadualkan bersiaran pada separuh kedua tahun ini.

    Drama itu merupakan kemunculan semula beliau dalam drama televisyen selepas enam tahun, sejak Chief of Staff pada tahun 2019.

    Drama tersebut mengisahkan tentang seorang pelakon terkenal negara yang telah hilang semangat dan seorang wartawan elit yang kehilangan jawatannya. Dalam usaha mereka mengatasi prasangka masing-masing, mereka berkembang dan berubah bersama.

    Menurut Allkpop, Lee Jung Jae akan melakonkan watak sebagai Im Hyun Joon, seorang pelakon yang terkenal dengan watak detektif tetapi sebenarnya menyimpan impian untuk menjadi ‘putera rom-com’.

    Dalam drama itu, beliau akan menjalinkan percintaan dengan watak Wi Jung Shin, lakonan Lim Ji Yeon, seorang wartawan yang baru sahaja berpindah dari meja politik ke bidang hiburan.

    Sejak musim pertama Squid Game pada 2021, Lee Jung Jae dikenali secara global menerusi watak Seong Gi Hun.

    Kini, perhatian tertumpu kepada langkah terbarunya yang membintangi drama romantik dan sebagai drama melodrama pertama beliau sejak sekian lama.

    Kini, para penonton ternanti-nanti bagaimana keserasian antara dua pelakon utama itu akan diterjemahkan di skrin. Sama ada kebimbangan awal penonton akan berubah menjadi kejutan manis atau sebaliknya, hanya akan terjawab apabila drama tersebut mula bersiaran. – Agensi

    Lee Jung Jae bakal membintangi drama baharu tvN bertajuk ‘Annoying Love’. – AllKpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda