Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Jung Jae dibayar AS$1 juta setiap episod Squid Game 2

    Pelakon Korea Selatan, Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta untuk setiap episod drama Squid Games musim kedua yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

    Memetik dari mStar, Allkpop melaporkan pihak penerbit drama bersiri popular itu Netflix bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae aktor dari Korea Selatan dengan bayaran tertinggi.

    Pelakon itu bakal menerima bayaran berjumlah AS$13 juta untuk 13 episod Squid Game 2.

    Menerusi musim pertamanya, Jung Jae membawa kejayaan besar apabila siri itu popular di seluruh dunia dengan keuntungan lebih daripada AS$900 juta.

    Ia menjadikan Squid Game siri paling banyak ditonton di platform penstriman Netflix hanya selepas 28 hari ditayangkan pada 2021.

    Sebelum ini, Jung Jae dilaporkan dibayar sebanyak AS$248,000 bagi setiap episod untuk musim pertama, yang membawa pendapatan sebanyak AS$2.2 juta dan menjadikannya pelakon lelaki kedua termahal selepas Kim Soo Hyun.

    Sebelum ini, Soo Hyun pernah menerima bayaran AS$423,000 bagi setiap episod drama lakonannya berjudul One Ordinary Day pada 2021.

    Jung Jae akan memainkan semula wataknya sebagai Seong Gi Hun dalam Squid Game 2 bersama barisan pelakon termasuk Im Si Wan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon, Yang Dong Geun, Park Gyu Young, Jo Yu Ri dan bekas ahli kumpulan Big Bang iaitu T.O.P. – Agensi

    Lee Jung Jae (tengah) teraju utama dalam siri Squid Game, akan dibayar AS$1 juta setiap episod Squid Game 2. mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda