Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee keluarkan Writ pilihan raya presiden

    SINGAPURA, 28 Ogos – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Presiden 2017 yang dikhaskan untuk calon dari komuniti Melayu, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan itu berkata hari penamaan calon ialah 13 Sept, 2017 di auditorium Persatuan Rakyat, 9 King George’s Avenue, di sini.

    Kenyataan itu berkata jika lebih seorang calon dicalonkan pada hari penamaan calon, 23 Sept akan diisytiharkan sebagai hari mengundi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda