Umum mengetahui bahawa Song Joong Ki dan juga Lee Kwang Soo merupakan sahabat baik sejak daripada rancangan Running Man lagi.
Terbaharu, timbul khabar angin mendakwa Lee Kwang Soo dan juga Song Joong Ki telah memutuskan persahabatan mereka.
Memetik laporan Kbizoom, perkara itu disedari ramai selepas Song Joong Ki membuat pengumuman tentang berita perkahwinannya dengan Katy Louise.
Lebih menguatkan berita itu, apabila dua aktor itu kini tidak lagi saling menyokong filem lakonan masing-masing.
Malah mereka juga dikatakan sudah lama tidak tampil bersama dalam sesebuah acara.
Bukan itu sahaja, mereka dikatakan tidak lagi berbual di media sosial seperti dulu lagi.
Menurut sumber, kali pertama dua sahabat itu dilihat bersama adalah sekitar April 2021 ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Pun begitu, boleh jadi mereka kini sedang sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tiada masa untuk bertemu. – Agensi
