Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lee positif COVID selepas sidang APEC

    HONG KONG, 21 NOV – Pemimpin Hong Kong, John Lee disahkan positif koronavirus selepas bertemu dengan pemimpin serantau lain semasa forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Thailand, menurut pentadbiran bandar itu hari ini.

    Lee diuji negatif sepanjang empat hari berada di Bangkok namun ujiannya semasa tiba di lapangan terbang Hong Kong pada malam Ahad adalah positif, menurutnya.

    Lee kini menjalani kuarantin dan akan bekerja dari rumah, menurut kenyataan dari Pejabat Ketua Eksekutif. Pegawai lain di pejabatnya yang pergi ke Thailand bersama Lee semuanya diuji negatif.

    Lee mengalami demam ringan dan sakit tekak pada sebelah petang, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan lain.

    Semasa lawatannya, Lee bertemu pelbagai pemimpin termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

    Dalam beberapa sesi tertutup, beliau duduk di sebelah Presiden China Xi Jinping, di mana kedua-dua pemimpin dilihat tanpa memakai pelitup muka. Dia juga berjabat tangan dengan Menteri Luar China Wang Yi, yang memakai pelitup muka. – AP

    Gambar fail menunjukkan John Lee semasa menghadiri Sidang Kemuncak APEC di Bangkok, Thailand pada 18 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...