Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Seung Gi akhirnya buka mulut soal dakwaan putus cinta

    Pelakon Lee Seung Gi akhirnya membuka mulut menafikan khabar angin mendakwa hubungan cintanya dengan Lee Da In sudah menemui noktah.

    Dalam satu kenyataan, pelakon drama My Girlfriend Is A Gumiho ini memberitahu dia lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi sebelum ini kerana bimbang sebarang kenyataan akan lebih menimbulkan salah faham.

    “Sebab pertama saya tidak mengulas perkara ini ketika ia sedang diperkatakan adalah kerana percaya bahawa fikiran saya tidak akan disampaikan dengan jelas dengan kata-kata beremosi.

    “Keduanya saya takut jika memberi sebarang kenyataan akan diputar belit dan khabar angin menjadi lebih teruk lagi.

    “Saya harap awda semua boleh memahami kenapa saya berdiam selama ini walau banyak pihak yang meminta kepastian.

    “Tiada apa yang berubah sejak kami mula bercinta dahulu. Saya tidak mahu komen lanjut tentang hal ini,” katanya seperti yang dipetik dari Soompi.

    Pada Mei tahun lalu, agensi yang mewakili Seung Gi dan Da In mengesahkan kedua-dua mereka masih menjalinkan hubungan cinta.

    Gosip ini menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini apabila tiada sebarang penafian daripada kedua-duanya. – Agensi

    Lee Seung Gi jelaskan hubungan dengan Lee Da In masih baik. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda