Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Seung Gi buat kejutan kepada Sehun

    Persahabatan yang terjalin antara pelakon Lee Seung Gi dengan ahli kumpulan EXO iaitu Sehun mula mendapat perhatian peminat kedua-dua selebriti itu.

    Baru-baru ini, Seung Gi membuat kejutan kepada Sehun dengan menghantar sebuah trak kopi di set penggambaran penyanyi dan pelakon itu.

    “Seung Gi berikan saya trak kopi,” tulis Sehun yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama menerusi laman Instagram miliknya. Menerusi laman Instastory milik Sehun berkongsi foto dia memegang cawan yang memperlihatkan gambarnya dengan tulisan ‘An expensive cup just for me’. – Agensi

    Lee Seung Gi telah membuat kejutan kepada Sehun dengan menghantar sebuah trak kopi di set penggambaran penyanyi dan pelakon itu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda