Selepas lapan tahun berkahwin, pelakon Lee Si Young dan usahawan Cho Seong Hyun mengambil keputusan untuk bercerai.
Menurut agensi Si Young, 43, iaitu Ace Factory, pasangan ini sedang dalam proses memfailkan penceraian mereka selepas mencapai kata sepakat berhubung perpisahan mereka.
“Mereka sedang dalam proses untuk bercerai selepas mencapai persetujuan berhubung perkara tersebut.
“Memandangkan ia adalah kehidupan peribadi aktres itu, sila faham bahawa sukar untuk menjawab soalan lain berhubung perkara ini,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.
Untuk rekod, Si Young berkahwin dengan Seong Hyun yang juga sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 2017 iaitu ketika karier lakonannya sedang di kemuncak.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Jo Jung Yoon yang kini berusia 7 tahun.
Sebelum berita penceraian itu tersebar, Si Young dilihat tenang dengan berkongsi foto sedang bercuti di Perancis menerusi hantaran di Instagramnya.
Malah menjengah ke Instastory aktres berkenaan, Si Young turut berkongsi fotonya sedang menikmati percutian seolah-olah tiada apa yang berlaku. – Agensi
