Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Wan kahwini pemain golf

    Lee Wan dan Lee Bo Mi mengeluarkan sekeping gambar perkahwinan pada Hari Natal lepas, tiga hari kemudian mereka mengadakan acara perkahwinan secara tertutup di gereja Katolik yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat-sahabat terdekat.

    Agensi Lee Wan, Story J Company berkongsi, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan tahniah dan menunjukkan kegembiraan untuk Lee Wan dan Lee Bo Mi di hari perkahwinan mereka pada 28 Disember.”

    Agensi tersebut menambah, mereka akhirnya menamatkan zaman bujang dengan restu dan sokongan daripada ramai orang.

    Sekali lagi, kami ingin merakamkan penghargaan yang mendalam kepada mereka yang menunjukkan minat dan kasih sayang dan kami berharap anda sekalian akan terus memberikan sokongan kepada kedua-dua mereka di masa depan yang baharu sahaja memulakan hidup baru sebagai pasangan suami isteri.

    Dalam gambar yang dikongsi, pengantin perempuan kelihatan sangat cantik mengenakan pakaian perkahwinannya dan pengantin lelaki kacak menggayakan baju suit, pasangan itu, kelihatan sangat gembira berbanding sebelumnya apabila mereka bertentangan mata, mereka berlutut dan berdoa dengan tangan digenggam erat.

    Sebelumnya, Lee Wan dan Lee Bo mi mengumumkan pertunangan mereka September lalu. Lee Wan merupakan seorang pelakon yang muncul buat pertama kali pada 2004 menerusi drama ‘Stairway to Heaven’ dan merupakan adik lelaki pelakon Kim Tae Hee.

    Sementara itu, Lee Bo Mi pemain golf profesional yang menyertai KLPGA pada 2007 dan memenangi empat perlawanan pada 2010. Kini dia bersaing di LGPA Jepun dan memenangi tujuh acara pada musim 2015. – Agensi

    Lee Wan dan Lee Bi Mi mengikat tali pertunangan pada September lepas, selamat melangsungkan perkahwinan kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda