KUALA LUMPUR, 30 OKT – Pemain ping-pong bawah 15 tahun Malaysia yang sedang meningkat naik, Lee Xin Ni membanggakan negara selepas memenangi perlawanan perseorangan ketiga ke atas Poland dalam separuh akhir Cabaran Kadet Dunia Persekutuan Ping-Pong Antarabangsa (ITTF) di Wladyslawowo, Poland.
Dengan kemenangan itu, pasukan ITTF Hopes melangkah ke final untuk berhadapan pasukan Eropah.
Pemain perempuan negara berusia 13 tahun itu menang dua perlawanan penting yang membantu pasukan ITTF Hopes menjadi juara kumpulan dan seterusnya di peringkat separuh akhir bagi memastikan slot ke final menjadi milik pasukan itu.
Bagaimanapun, pasukan ITTF Hopes tewas 0-3 kepada pasukan Eropah dan Xin Ni tidak bermain di final.
Xin Ni dipilih ITTF menjadi ahli kepada pasukan kepada World Hopes Team 2019 sejak 14 Ogos lepas.
Ahli pasukan World Hopes yang lain terdiri daripada Ser Li Qian (Singapura), Sophie Early (Ireland) dan Emily Tan (Amerika Syarikat). – Bernama