Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Leeds mulakan liga dengan langkah kanan

    LEEDS, 19 OGOS – Penalti lewat yang kontroversi oleh Lukas Nmecha memberi lonjakan kepada Leeds dalam kemunculan semula mereka di Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas Everton di Elland Road yang meriah kelmarin.

    Perlawanan kelihatan menuju ke keputusan seri sehingga James Tarkowski dianggap bersalah kerana menyentuh bola hantaran deras Anton Stach.

    Nmecha baru berada di padang selama enam minit ketika membuat penampilan sulungnya untuk Leeds, tetapi dengan yakin menolak bola melepasi Jordan Pickford pada minit ke-84.

    “Ini bukan penalti,” kata Tarkowski. “Saya agak yakin ia akan dibatalkan oleh VAR. Detik yang pelik dan ia akhirnya merugikan kami satu mata.”

    Everton memberikan penampilan sulung kepada pemain pinjaman Manchester City, Jack Grealish, pada separuh masa kedua, tetapi The Toffees kecewa kerana gagal memberikan sebarang ancaman menyerang pada 45 minit pertama.

    Leeds menyasarkan untuk mengelak daripada trend dua musim lalu di mana ketiga-tiga pasukan yang dinaikkan pangkat terpaksa turun semula.

    Daniel Farke juga sebelum ini menghadapi kesukaran apabila mengendalikan pasukan di liga utama Inggeris dalam dua percubaan sebagai pengurus Norwich.

    Namun selepas Sunderland menewaskan West Ham 3-0 pada Sabtu, dua daripada tiga pasukan yang dipromosikan menang pada hujung minggu pembukaan, buat kali ketiga sahaja dalam era Liga Perdana Inggeris. – AFP

    Lukas Nmecha menjaringkan gol pertama pasukannya melalui sepakan penalti dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Leeds United dan Everton di Elland Road, Leeds, England, pada 18 Ogos. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Barca menang bergaya atasi Athletic, rasmikan stadium Camp Nou

    BARCELONA, 23 NOV - Barcelona kembali dengan penuh gemilang...

    Pogba kembali beraksi setelah lebih 2 tahun

    PARIS, 23 NOV- Paul Pogba yang telah lama dinanti-nantikan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...