Saturday, April 19, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leeds United tandatangani Firpo dari Barca

    LONDON, 6 JULAI – Leeds United telah selesai menandatangani kontrak penuh Firpo Junior dari Barcelona, dua kelab itu mengumumkan hari ini.

    Leeds mengumumkan di laman web mereka bahawa mereka “mengatasi persaingan dari sejumlah kelab untuk mendapatkan perkhidmatan pemain berusia 24 tahun itu.”

    Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengatakan bahawa, setelah selesai menjalani kuarantin dan pemeriksaan kesihatan, pemain itu telah menandatangani kontrak empat tahun hari ini.

    Pemain pertahanan kiri itu dilahirkan di Republik Dominican tetapi berpindah ke Sepanyol ketika masih kecil dan merupakan pemain antarabangsa bawah 21 tahun Sepanyol.

    Dia membuat 41 penampilan di semua pertandingan untuk Barcelona setelah bergabung dari Betis pada tahun 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda