Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leez harap Aepul kekal humble

    Selepas bergelar juara program The Hardest Singing Show (THSS), pelakon Leez Rosli menasihati suaminya iaitu penyanyi Aepul Roza supaya tidak mendabik dada dan berbangga diri dengan kejayaan dimiliki.

    Leez atau Rosliza Rosli, 37, berharap Aepul kekal merendah diri dan sebagai isteri dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangannya itu.

    “Mungkin ini kejayaan yang kecil bagi sesetengah orang, tapi ini merupakan the hardest moment yang saya dan pasukan takkan lupakan.

    “Allah dah bagi rezeki sebegini, jadi diri sendiri dan sentiasa merendah diri, jangan sombong. Kalau sombong dengan perempuan lain tak apa, jaga setiap amanah Allah sebaiknya seperti selalu.

    “Jangan lupa diri, saya sentiasa ada di belakang awak dan mendoakan yang terbaik buat awak!” katanya.

    Leez harap suaminya tidak mendabik dada atas kemenangan THSS baru-baru ini. – Berita Harian

    Menurut mStar, Leez berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instragram miliknya pada malam Isnin.

    Bercakap mengenai persembahan suaminya pada malam final itu, Leez meluahkan rasa syukur apabila segala urusan berkenaan dipermudahkan Allah SWT.

    Malah aktres itu sempat berkongsi momen sewaktu sesi latihan suaminya hampir terjatuh daripada aksi bermain dram secara terbalik 90 darjah.

    “Allah permudahkan semua urusan, setiap pergerakan atas pentas dari Aepul, penari, Dramaband, kostum dan prop semua tersusun cantik.

    “Hidraulik dram tu paling risau sebab masa rehearsal dram tu naik 90 darjah tiba-tiba kerusi patah dan tercabut.

    “Nasib baik Aepul sempat tahan pakai kaki, kalau tak penyek muka lakiku,” ceritanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda