Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Legenda’ Aguero menganas

    LONDON, 11 Feb – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero meledakkan empat gol pada separuh masa kedua bagi membantu pasukannya menghampiri kejuaraan Liga Perdana selepas membelasah Leicester City, 5-1, sekali gus melebarkan kelebihan 16 mata di depan Manchester United.

    Aguero juga kini hanya ketinggalan dua gol di belakang Harry Kane untuk perebutan Anugerah Kasut Emas.

    Namun, jaringan tunggal Kane tetap mencukupi untuk membantu kelabnya, Tottenham Hotspur memenangi saingan derbi Utara London, dengan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal, iaitu gol ketujuh buat penyerang itu sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan.

    “Dia adalah legenda tulen kelab ini,” kata pengendali City, Pep Guardiola berhubung pencapaian Aguero itu.

    “Dia memiliki bakat istimewa di depan gawang. Dia seorang yang klinikal terutama jaringan pertama dan keempat. Ianya sangat menakjubkan,”.

    Sergio Aguero (kanan) ketika menjaringkan gol kedua pasukannya dalam aksi Liga Perdana menentang Leicester City di Etihad. – AP

    Pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez kembali memperkuatkan skuad Foxes selepas menamatkan bantahan terhadap tindakan kelabnya menolak perpindahannya ke City sebelum ini.

    Bagaimanapun, pendahulu liga sudah selesa mendahului perlawanan ketika Mahrez dimasukkan sebagai pemain gantian sejam selepas perlawanan berlangsung, menerusi persembahan hebat Aguero.

    “Tujuh puluh dua mata pada bulan Februari adalah sesuatu yang istimewa, sangat luar biasa,” tambah Guardiola lagi, yang menyaksikan pasukannya kembali bangkit selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Burnley minggu lalu.

    “Setiap kali kami tercicir mata pada musim ini, kami menang pada aksi seterusnya, yang mana sangat penting.

    “Mengekalkan pencapaian konsisten seperti ini sangat penting buat kami. Sekiranya kami mampu memenangi kejuaraan, sudah pasti ia akan menjadi sangat istimewa buat kami semua.”

    Man City berada di depan seawal minit ketiga, apabila Raheem Sterling menyudahkan hantaran rendah Kevin De Bruyne. Namun pemain baru City, Aymeric Laporte bergelut untuk menghalang penyerang Leicester, Jamie Vardy untuk menyamakan kedudukan.

    Bagaimanapun, Foxes tidak mampu mengekang kualiti penyudah Aguero selepas rehat apabila penyerang Argentina itu memanfaatkan dua hantaran De Bruyne dan kemudian melengkapkan hatriknya selepas kesilapan penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel.

    Aguero melengkapkan malam hebat City dengan rembatan kencang dari luar petak penalti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda