Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Legenda Manchester United lepaskan jawatan pengurus Derby

    LONDON, 26 JUN – Bekas pemain Manchester United dan bintang pasukan England, Wayne Rooney meletak jawatan sebagai pengurus Derby ketika kelab tersebut membuat persiapan bagi musim pertama di divisyen tiga dalam 36 tahun.

    Rooney gagal menyelamatkan Derby untuk kekal dalam kejohanan musim lalu selepas kelab tersebut berdepan dengan pemotongan mata sebanyak 21 mata sebagai hukuman atas sebab isu kewangan. Selepas memegang jawatan pengurus, Rooney melakukan kerja dengan hebat dengan Derby berjaya keluar dari zon penyingkiran.

    Pencapaian itu memberi bayangan pengurus berusia 36 tahun itu mampu mengetuai Derby untuk melayakkan diri pada kejohanan Liga Satu pada musim hadapan.

    Walau bagaimanapun, Rooney membuat keputusan untuk berhenti dari kelab tersebut sebelum kelab memulakan musimnya penghujung Julai depan.

    “Wayne Rooney hari ini memberitahu Kelab Bola sepak Derby County bahawa dia ingin mengundurkan diri daripada jawatannya sebagai pengurus pasukan pertama dengan serta-merta,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut.

    Rooney, penjaring terbanyak ketika masih bersama Manchester United dan England sebagai seorang pemain, mengendali Derby pada 2020 dan menandatangani kontrak selama setahun.

    Bekas kapten England itu dikaitkan dengan perpindahannya ke Everton sebagai pengurus pada musim lalu selepas mendapat pujian atas khidmatnya mengendalikan kelab Derby.

    “Sepanjang musim panas, saya telah menyaksikan perkembangan mengenai pemilik kelab Derby,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...