Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Legenda muzik Quincy Jones meninggal dunia

    Legenda muzik Amerika Syarikat (AS), Quincy Jones, meninggal dunia Ahad lalu pada usia 91 tahun, menurut pengumuman jurucakapnya, Arnold Robinson, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Penerbit dan komposer itu meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles, dikelilingi oleh ahli keluarganya.

    “Malam ini, kami terpaksa berkongsi berita pemergian bapa dan saudara kami, Quincy Jones. Walaupun ini merupakan kehilangan amat besar bagi keluarga kami, kami meraikan kehidupan hebat yang dilaluinya dan tahu tiada siapa yang sepertinya,” kata kenyataan daripada keluarganya yang dikongsi dengan dpa.

    Jones dianggap sebagai antara penerbit paling berpengaruh dalam industri muzik. Beliau pernah bekerjasama dengan bintang-bintang seperti Michael Jackson, George Benson, Frank Sinatra, Ray Charles, Louis Armstrong, Stevie Wonder, dan Aretha Franklin.

    Dilahirkan pada 1933 di Chicago, Jones juga mengendalikan label rakaman, menggubah skor filem, menulis buku, menghasilkan filem cereka dan bersama-sama membangunkan siri TV. – Bernama

    Jones bergambar selepas dianugerahkan gelaran Grand Commandeur de l’Ordre des Arts et des Lettres pada 6 Oktober 2014 di Institut du Monde Arabe (Institut Dunia Arab) di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda