Legenda Spurs masuk hospital

LONDON , 8 APRIL – Bekas pemain Tottenham Hotspur dan England, Jimmy Greaves telah menerima rawatan di hospital, kelab Liga Perdana Inggeris tersebut mengumumkan kelmarin.

Tetapi tidak menyebutkan dalam kenyataan ringkas sama ada bekas penyerang tersebut menderita akibat koronavirus, atau sememangnya sifat semula jadi keadaan semasa 80 tahun.

“Kami boleh mengesahkan bahawa penjaring rekod Jimmy Greaves ketika ini telah menerima rawatan di hospital,” kenyataan yang dikeluarkan oleh Spurs melalui Twitter rasmi. Kami telah berhubung dengan ahli keluarganya dan akan memberikan berita terkini dalam masa terdekat ini. Semua orang di kelab telah menghantar kata-kata semangat kepada Jimmy dan keluarganya.”

Greaves difahamkan berada dalam keadaan kesihatan yang kurang baik sejak menderita penyakit strok hampir lima tahun lalu. Penjaring prolifik di sepanjang kariernya, Greaves pernah bermain untuk Chelsea dan West Ham, tetapi pencapaian terbesarnya ketika berada di Tottenham semasa era keemasan untuk pasukan London tersebut yang mana dia mencatat penjaring terbanyak dengan 266 gol dari 379 perlawanan dari tahun 1961 hingga 1970.

Selama berdekad-dekad Greaves memegang rekod untuk penjaring terbanyak di lima liga utama Eropah, menjaringkan 366 gol dari 528 penampilan semasa kariernya yang termasuk ketika mewakili pasukan Itali, AC Milan tetapi rekod tersebut telah dipecahkan pada tahun 2017 oleh Cristiano Ronaldo.

Dia merupakan skuad ahli kebangsaan England yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1966 di negara sendiri tetapi kecederaan ketika peringkat kumpulan menentang Perancis telah menyebabkan dia disingkirkan dari skuad kebangsaan dan digantikan oleh Geoff Hurst, yang menjaringkan gol hatrik ketika final menentang Jerman Barat. – AFP