Sunday, April 13, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lego buka kilang bernilai AS$1 bilion di Vietnam

    BINH DUONG, 9 APRIL – Lego membuka kilang bernilai AS$1 bilion di Vietnam hari ini, kemudahan kedua di Asia ketika pembuat mainan Denmark itu berusaha untuk meluaskan jangkauannya ke seluruh rantau itu.

    Vietnam telah menjadi destinasi pelaburan yang semakin menarik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun tarikannya terjejas untuk syarikat antarabangsa yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh tarif yang amat tinggi sebanyak 46 peratus dikenakan oleh Washington ke atas barangan Vietnam.

    Kilang baharu Lego akan memenuhi keperluan pengguna di Asia dan tidak akan mengeksport produk ke AS.

    Ketua Pegawai Eksekutif Lego, Niels Christiansen memberitahu AFP, adalah penting bagi syarikat itu terletak dekat dengan beberapa buah negara di mana kami mempunyai banyak hasil pendapatan dan ramai peminat Lego.

    “Ia juga penting di mana kami boleh memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi dan tahap yang kukuh di Vietnam,” katanya.

    Lego telah melabur AS$1 bilion dalam projek di selatan wilayah Binh Duong, yang dikatakan akan menggaji lebih 4,000 orang. Ia juga merancang untuk menjadikan kilang itu beroperasi pada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang awal 2026.

    Tapak baharu itu menampilkan lebih daripada 12,000 panel solar atas bumbung.

    Syarikat itu kini mempunyai enam kilang di seluruh dunia, termasuk di Eropah, Mexico dan China. Produk Lego dari kilang itu akan dipasar ke Australia, India, Korea dan Jepun. – AFP

    Seorang pekerja mengendalikan mesin pembungkusan di kilang Lego di Binh Duong, Vietnam pada 2 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda