Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lego catat keuntungan AS$2 bilion

    COPENHAGEN, DENMARK, 7 MAC – Lego berkata hari ini keuntungan syarikat meningkat sebanyak 5 peratus pada 2022 berbanding setahun sebelumnya dan jualan juga meningkat walaupun ia menaikkan harga mainan lebih eksklusif.

    Syarikat mainan Belanda itu berkata keuntungan bersih meningkat kepada 13.8 bilion kroner (AS$2 bilion) daripada 13.3 bilion kroner. Jualan meningkat 12 peratus, sementara pendapatan meningkat 17 peratus kepada 64 bilion kroner.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Niels B Christiansen menganggap 2022 ‘tahun bersejarah’ ketika syarikat swasta itu meraikan ulang tahun ke-90nya.

    “Kami mencatat pertumbuhan di luar jangkaan pada tahun lalu meskipun keadaan pasaran yang mencabar,” katanya.

    Dengan inflasi meningkat, Lego menaikkan harga ke atas satu perempat daripada produknya, kata Christiansen.

    “Produk kos murah tidak terjejas. Kenaikan dikenakan terutamanya ke atas produk mahal kami,” kata beliau.

    Syarikat itu membuka 155 kedai di seluruh dunia pada tahun lalu di 904 lokasi. Bongkah binaan beraneka warna itu dijual di lebih 130 negara. – AP

    Set Lego yang dibuat daripada bongkah band K-pop, BTS, dipamerkan semasa acara publisiti di sebuah kedai di Seoul, Korea Selatan pada 2 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda