Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leicester belum selamat – Shakespeare

    WEST BROMWICH, 30 April – Craig Shakespeare (gambar) menegaskan bahawa musim Leicester City belum berakhir meskipun juara Liga Perdana itu telah mencapai 40 mata dan sebagainya, tetapi belum mengelakkan penyingkiran liga.

    Jaringan Jamie Vardy telah memastikan kemenangan 1-0 Foxes di West Bromwich Albion, membawa mereka kepada 40 mata, biasanya menjadi penanda aras untuk mengelakkan daripada penyingkiran.

    Leicester dilihat dalam situasi bahaya tersingkir ketika bekas pembantu pengurus, Shakespeare mengambil alih tugas Claudio Ranieri yang dipecat pada bulan Februari.

    Meskipun beberapa keputusan menarik di bawah kendalian Shakespeare, pemilik Leicester dari Thailand masih belum mengesahkan sekiranya Shakespeare akan kekal sebagai pengurus kelab musim depan.

    Sementara itu, Shakespeare tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan.

    “Kami secara matematiknya masih belum selamat,” kata Shakespeare, yang sebelum ini pernah bermain bersama West Brom dan sebagai jurulatih mereka.

    “Kami gembira dengan tiga mata ini dan ini adalah satu langkah besar menuju ke arah matlamat itu. Tetapi sekiranya kami sudah mencapainya, kami masih perlu melakukan tugas sebaiknya dalam setiap perlawanan.

    “Ia adalah perlawanan sukar. Saya merasakan gol pertama menjadi gol penting dalam perlawanan ini.”

    Sekembalinya dari The Hawthorns, Shakespeare berkata: “Ia seronok untuk pulang. Saya gembira dengan penerimaan yang saya terima.”

    Bagaimanapun, dua menambah: “Ia adalah mengenai keputusan.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda