Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leicester bergelut daftarkan Adrien Silva

    LONDON, 7 Sept – Leicester City berdepan dengan perbalahan dengan FIFA bagi mendapatkan kelulusan pemain tengah Portugal, Adrien Silva selepas dilaporkan hanya terlebih 14 saat tempoh akhir untuk mendaftarkan penandatangan baru mereka.

    Skuad Craig Shakespeare telah bersetuju dengan perjanjian 22 juta pound dengan Sporting Lisbon bagi pemain berusia 28 tahun itu pada 31 Ogos, hari terakhir jendela perpindahan musim panas.

    Tetapi Leicester telah membuat permintaan bagi lanjutan untuk melengkapkan kertas kerja yang diperlukan dan FIFA telah dilaporkan memberitahu kelab Liga Perdana itu bahawa mereka tidak menerimanya tepat pada masanya.

    Ketika dihubungi oleh AFP, FIFA menolak untuk memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

    Adrien Silva ketika bercakap dalam satu sidang media pada 20 Jun 2016 ketika berlangsungnya Euro 2016. Leicester berdepan dengan perbalahan dengan FIFA setelah hanya terlepas 14 saat tempoh akhir untuk mendaftarkan pemain itu. – AFP

    Beberapa lapiran menyatakan e-mel yang berkaitan tiba hanya 14 saat lewat, tetapi Leicester menegaskan bahawa mereka telah mengembalikan kertas kerja yang telah ditandatangani sebelum tempoh akhir dan kini bekerjasama dengan Sporting Lisbon dan Silva bagi membuktikannya serta menterbalikkan keputusan itu.

    Sekiranya FIFA tetap berpegang dengan keputusan mereka, kemungkinan besar Silva tidak akan bermain untuk Leicester sehingga mereka boleh mendaftarkannya secara rasmi ketika jendela perpindahan dibukan semula pada 1 Januari 2018.

    Perpindahan Silva bergantung pada perpindahan Danny Drinkwater ke Chelsea dan jendela perpindahan ditutup rasmi dengan Silva berada di pusat latihan Leicester dan Drinkwater di pangkalan Chelsea, Cobham. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda