Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leicester calarkan harapan Liverpool

    LONDON, 29 DIS – Ademola Lookman mencalarkan usaha Liverpool untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas penyerang Leicester itu menghukum Mohamed Salah yang terlepas peluang menyempurnakan sepakan penalti untuk mencatatkan kemenangan mengejut 1-0, kelmarin.

    Liverpool masih mengejar pendahulu liga, Manchester City enam mata dengan pasukan juara itu bakal bermain menentang Brentford hari ini.

    Pasukan bimbingan Jurgen Klopp menyaksikan rekod 10 perlawanan tanpa tewas dalam semua kejohanan berakhir berpunca daripada jaringan separuh masa kedua oleh Lookman di Stadium King Power.

    Dikalahkan buat kali pertama sejak ditundukkan 3-2 di West Ham pada November, Liverpool menerima padah kerana gagal merebut peluang.

    Kasper Schmeichel turut berjaya menyelamatkan sepakan penalti Mohamed Salah pada separuh masa pertama. Ini adalah kali pertama buat Liverpool gagal menjaringkan gol di liga sejak Mac.

    Kegagalan Liverpool menentang Leicester, yang sebelum ini di benam 6-3 oleh Manchester City pada Ahad, meletakkan tekanan tambahan untuk memungut mata penuh menentang pasukan pencabar liga, Chelsea pada perlawanan pertama 2022, Ahad ini.

    Klopp pada minggu ini mengakui Liverpool mesti beraksi dengan ‘sempurna’ sekiranya mereka ingin memintas City untuk memenangi kejuaraan, tetapi persembahan semalam sedikit sebanyak menjadikan mereka tersasar daripada matlamat. – AFP

    Reaksi pemain Leicester City, Ademalo Lookman meraikan gol bersama rakan sepasukan dalam pertemuan menentang Liverpool, kelmarin. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda