LEICESTER, 2 FEB – Leicester mengekalkan kedudukan lapan mata di tempat ketiga dalam perlawanan untuk kelayakan Liga Juara-juara musim depan selepas keputusan seri 2-2 menentang Chelsea dengan semua gol yang berlaku dalam babak kedua perlawanan semalam.
Pemain tengah Antonio Rudiger menjaringkan dua gol untuk Chelsea, yang pertama meletakkan mereka mendahului perlawanan di minit ke-46 dan kemudian menyamakan kedudukan setelah ketinggalan di minit ke-71.
Pemain sayap kiri, Harvey Barnes menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk menyamakan jaringan 1-1 pada minit ke-54 dan Leicester mendahului perlawanan melalui jaringan Ben Chilwell di minit ke-64.
Pengurus Chelsea, Frank Lampard membuat keputusan yang berani tidak menurunkan Kepa Arrizabalaga, penjaga gawang paling mahal di dunia, berada di bangku simpanan selepas beberapa perlawanan yang tidak memberi kesan pada musim ini.
Menggantikannya ialah Willy Caballero, yang berusia 38 tahun, dan 126 hari menjadi pemain tertua dalam penampilan Liga Perdana musim ini.
Cabellero melakukan aksi yang cemerlang dan hebat pada babak pertama apabila Jamie Vardy gagal menemui jaringan, tetapi Cabellero melakukan kesilapan menerusi jaringan gol Chilwell selepas berlumba keluar dari petaknya dalam cubaan untuk menangkap hantaran lintang.
Dia terpaksa berundur dengan cepat kembali ke gawangnya ketika Leicester mengawal bola kembali, dan bersikap ragu-ragu apabila Chilwell melakukan percubaan yang membawa padah kepada Cabellero.
Barnes terlepas peluang membawa Leicester ke depas selepas pertukaran beliau dengan Vardy. – AP
