Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leicester, kongsi mata dengan Palace

    LONDON, 29 DIS – Pasukan Leicester yang menunjukkan perubahan kini melonjak ke tangga kedua dalam Liga Perdana Inggeris hasil jaringan penyamaan minit akhir Harvey Barnes dalam perlawanan berkesudahan 1-1 menentang Crystal Palace kelmarin.

    Jaringan voli menarik dari Wilfried Zaha meletakkan The Eagles di hadapan menentang pasukan pencabar liga, manakala sepakan penalti pada separuh masa pertama dari Kelechi Iheanancho berjaya diselamatkan.

    Selepas hanya berehat selama 48 jam di mana The Foxes mencatat keputusan seri 2-2 menentang Manchester United pada Sabtu dan membuat kunjungan ke Selhurst Park, pengurus Leicester, Brendan Rodgers membuat tujuh perubahan dengan Jamie Vardy dan Youri Tielemans antara pemain yang disimpan di bangku simpanan.

    Kedua-dua pemain dimasukkan pada pertengahan separuh masa kedua dan tekanan dibuat Leicester membuahkan hasil dengan menjaringkan gol penyamaan apabila Barnes membuat percubaan rendah dari penjuru kotak penalti untuk meledak gol kelapannya pada musim ini. Meskipun kehilangan beberapa orang pemain bintang, Leicester tetap menjadi pasukan yang lebih baik dan gagal merebut peluang sebelum tamat separuh masa pertama ketika mereka terlepas peluang untuk mera-patkan jurang dengan Liverpool di puncak liga dengan hanya satu mata.

    Iheanancho diturunkan dalam kesebelasan utama manakala penyerang berusia 33 tahun, Jamie Vardy direhatkan, tetapi penyerang Nigeria itu gagal menyerlah untuk mengukuhkan kedudukan dalam pasukan.

    James Tomkins menjatuhkan pemain pertahanan The Foxes, Luke Thomas dalam kawasan kotak penalti pada minit ke-19 akan tetapi Vardy dan Tielemans ketika itu belum diturunkan, dan Iheanacho diberikan amanah untuk melakukan sepakan penalti. Walau bagaimanapun, bekas penyerang Manchester City kekal tanpa melakukan sebarang jaringan pada musim ini selepas dia gagal menewaskan Vicente Guita yang berjaya menyelamatkan sepakan. – AFP

    Aksi pemain Leicester City, Harvey Barnes cuba melepaskan diri dari kawalan pemain West Ham. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda