LONDON, 1 OKT – Leicester dan Napoli menghadapi ujian yang mencabar untuk mencapai pusingan kalah mati Liga Europa selepas tewas kelmarin.
Leicester telah tewas 1-0 kepada Legia Warsaw di Poland, manakala rekod tanpa kalah Napoli telah dipecahkan oleh dua gol jaringan Quincy Promes untuk Spartak Moscow dengan keputusan kemenangan 3-2 bagi pasukan Rusia tersebut di stadium Diego Maradona.
Prestasi Leicester kurang memuaskan dalam permulaan Liga Perdana Inggeris, berbanding dengan Napoli, yang menguasai tangga teratas Serie A.
Satu-satunya gol yang ditemukan di Warsaw hadir dalam minit ke-31 ketika Mahir Emreli menewaskan pertahanan Daniel Amartey dan melepaskan tendangan rendah melalui kaki penjaga gol, Jannik Vestergaard ke dalam gawang. “Saya telah membuat perubahan tetapi tidak bermaksud kepentingannya berubah. Kami ada empat perlawanan lagi untuk masuk kelayakan,” kata Rodgers. “Kami memperoleh satu mata daripada dua perlawanan tetapi masa masih mencukupi.”
Napoli memulakan permainan dengan baik ketika Elif Elmas menjaringkan gol pertama dalam minit pertama.
Walau bagaimanapun, kad merah Mario Rui dalam minit ke-29 telah mengubah arus permainan. Promes menjaringkan gol penyamaan dalam separuh masa kedua dan Mikhail Ignatov bantu Spartak untuk mendahului sebelum Maximiliano Cuafriez dikenakan kad merah. – AFP
