Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leipzig intai sejarah tersendiri

    BERLIN, 1 OKT – Dengan jurulatih Julian Nagelsmann dianggap sebagai Jurgen Klopp atau Pep Guardiola seterusnya dan Timo Werner menghasilkan banyak gol, RB Leipzig menyasarkan kemenangan di tempat sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Lyon awal pagi Khamis dalam usaha mereka untuk mara ke pusingan 16 terakhir.

    Leipzig mendapat permulaan sempurna dua minggu lalu apabila Werner, 23, menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 di Benfica untuk berada di puncak Kumpulan G, sementara Lyon seri 1-1 di laman sendiri menentang Zenit St Petersburg.

    “Kami mahu keluar dari kumpulan ini,” kata Werner, yang menyasarkan kemenangan di laman sendiri menentang Lyon, Zenit dan Benfica.

    “Jika kami menang dalam perlawanan itu, dan kami boleh menewaskan sesiapa sahaja di laman sendiri, maka kami semakin menghampiri pusingan 16. Itu adalah matlamat kami.”

    Ia adalah kenyataan bercita-cita tinggi bagi sebuah kelab yang hanya bersaing buat kali kedua bagi kempen Liga Juara-Juara.

    “Kuncinya adalah kami kini mempunyai lebih ramai pemain yang berpengalaman di atas padang, yang tahu mengenai kepentingannya,” kata penyerang Emil Forsberg. – AFP

    Timo Werner (kiri) bersaing merebut bola dengan pemain Schalke dalam saingan Bundesliga baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda