MUNICH, 25 JAN – Pemain tengah RB Leipzig, Dani Olmo menjaringkan satu gol dan membantu tiga jaringan lagi ketika RB Leipzig mara ke tempat kedua kelmarin selepas mengalahkan Schalke 6-1.
Penyerang Portugal, Andre Silva menjaringkan dua gol pada babak separuh masa pertama, manakala bekas penyerang Chelsea, Timo Werner menjaringkan gol ketika kembali ke kesebelasan utama.
Silva membuka jaringan selepas tujuh minit dengan merembat masuk dari jarak jauh. Olmo mencuba untuk menjaringkan, tetapi berjaya disudahkan oleh Silva pada minit ke-44.
Leipzig kini tidak tewas dalam 15 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan sejak September 2022, setelah menang 12 dan seri tiga.
Kekalahan itu menyaksikan Schalke terkandas di tempat terakhir, enam mata daripada keselamatan, telah bermain satu perlawanan lebih banyak daripada pesaing mereka yang mungkin tersingkir.
Pada perlawanan lewat kelmarin, Bayern Munich berpeluang melebarkan pendahuluan di puncak carta kepada enam mata apabila menjadi tuan rumah Cologne, manakala Wolfsburg berdepan Hertha di Berlin dan Stuttgart bertandang menentang Hoffenheim. – AFP