Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Leipzig sedia ‘balas dendam’

    LEIPZIG, JERMAN, 3 OKT – Jurulatih RB Leipzig, Marco Rose, menegaskan kekalahan 7-0 pada musim lalu oleh Manchester City adalah ‘sejarah’ ketika kedua-dua pasukan bersedia untuk berjumpa semula dalam Liga Juara-Juara di Jerman esok.

    Kemenangan bergaya City dalam perlawanan pusingan 16 terakhir di laman sendiri, dengan Erling Haaland menjaringkan lima gol dalam 60 minit, merupakan antara kemenangan penting pasukan England itu dalam meraih gelaran Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.

    “Ia bukan sebahagian daripada persediaan kami untuk perlawanan ini kerana ia adalah sejarah,” kata Rose di Leipzig hari ini.

    “Semuanya berjalan dengan lancar bagi mereka dalam perlawanan itu dan tentu saja kami sangat tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

    “Tetapi kini kami berada dalam musim baharu dan prestasi kami kini cukup baik,” katanya.
    Leipzig telah memenangi tujuh daripada sembilan perlawanan dalam semua pertandingan musim ini dan memasuki perlawanan ini selepas seri 2-2 di laman sendiri dengan juara Jerman, Bayern Munich.

    Marco Rose ketika menghadiri sidang media pada malam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA di Leipzig, kelmarin. – AFP

    Rose menyatakan bahawa pasukannya boleh mengambil pengajaran positif daripada perlawanan menentang City musim lalu, di mana Leipzig berusaha keras untuk mencatat keputusan seri 1-1.

    “Kami tahu bahawa kami bermain dengan sangat baik di laman sendiri dan untuk perkara yang sama berlaku esok, kami perlu banyak berlari dan mesti berusaha keras,” katanya.

    Rose juga berkata ‘ya’ apabila ditanya sama ada City adalah pasukan terbaik di dunia.

    “Walaupun begitu, penilaian ini tidak membantu kami mahupun City,” tambahnya.

    “Ini adalah bola sepak dan kami akan bermain 11 lawan 11.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...