CHIBA, 12 MEI – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan pada Isnin kerana disyaki menikam hingga mati seorang wanita warga emas di sebuah jalan di Chiba, berhampiran Tokyo, kelmarin, menurut agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan polis.
Pelajar sekolah menengah rendah itu, yang tinggal di bandar berkenaan, mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa sejurus selepas pukul 5 petang Ahad. Polis percaya suspek tidak mengenali mangsa.
Menurut sumber siasatan, remaja itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia ‘terasa ingin membunuh seseorang’ dan tidak kisah siapa mangsanya. – Bernama
