Wednesday, December 4, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki 27 tahun rentung semasa tidur, rumah dua tingkat terbakar

    KOTA BHARU, 14 OGOS – Seorang lelaki berusia 27 tahun ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Mas Merah, Tanah Merah, pada 11:45 pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah Penolong Penguatkuasa Bomba, Zulkufli Osman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11:59 pagi.

    “Kebakaran rumah dua tingkat separa kekal dengan tingkat atas berstruktur kayu melibatkan mangsa, Mohamad Nor Syahid Faridzuan Mohd Syukri yang sedang tidur dan terperangkap dalam kejadian itu.

    “Sebanyak 13 anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam sebelum berjaya mengawal kebakaran rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Zulkifli berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan 70 peratus kediaman berkenaan musnah.

    Beliau berkata punca dan kos kerugian masih dalam siasatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda