Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki 300kg di Indonesia meninggal dunia di hospital

    JAKARTA, 23 JUN – Seorang lelaki di Indonesia yang mempunyai berat kira-kira 300 kilogram (kg) dan mengalami komplikasi disebabkan obesitinya yang teruk telah meninggal dunia akibat penyakit di hospital Jakarta, lapor media Indonesia.

    Muhammad Fajri, 27, meninggal dunia pada 1:25 pagi kerana jangkitan teruk di kakinya selepas berat badannya menjejaskan metabolisme badannya, kata pengarah Hospital Dr Cipto Mangunkusumo, Lies Dina Liastuti kepada pemberita, kelmarin.

    Dr Lies berkata, Fajri telah menerima rawatan selama kira-kira seminggu, dengan sepasukan 16 pakar ditugaskan untuk kesnya.

    “Ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa, untuk seseorang menjadi sebesar ini. Ini akan memberi tekanan besar pada metabolisme badan. Paru-paru dan jantung sukar untuk berfungsi terutamanya kerana dia tidak banyak bergerak,” kata Dr Lies pada sidang media ketika Fajri dimasukkan ke hospital pada 14 Jun.

    “Terdapat luka-luka yang dijangkiti pada kulitnya. Sukar untuk dia bernafas kerana jangkitan dan sebagainya,” katanya lagi.

    Lelaki itu mula-mula dimasukkan ke hospital di bandar Tangerang dua minggu lalu, sebelum dia dipindahkan ke hospital di Jakarta. – ANN/The Straits Times

    Muhammad Fajri meninggal dunia kerana jangkitan teruk di kakinya selepas berat badannya menjejaskan metabolisme badannya. – Bantenkicau/Twitter
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda