Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lelaki AS didakwa bunuh dua pelancong wanita

    BERLIN, 26 OKT – Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) telah didakwa atas tuduhan membunuh dan kesalahan lain kerana menyerang dua wanita dari AS berhampiran istana Neuschwanstein di Jerman, pada Jun lalu dan menolak mereka ke dalam gaung, mencederakan seorang dan seorang lagi maut, kata pendakwa raya hari ini.

    Dakwaan terhadap suspek berusia 31 tahun tersebut, yang namanya tidak didedahkan mengikut peraturan privasi Jerman, telah difailkan di mahkamah negeri di Kempten, yang perlu memutuskan masa untuk menghantar kes tersebut ke mahkamah.

    Beliau menghadapi tuduhan membunuh, rogol dengan akibat kematian, cubaan membunuh dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Tuduhan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup di Jerman.

    Serangan itu berlaku pada 14 Jun berdekatan dengan Marienbruecke, sebuah jambatan di atas gua berhampiran istana yang menawarkan pemandangan terkenal Neuschwanstein, salah satu tarikan pelancongan paling terkenal di Jerman.

    Pendakwa mengatakan suspek tersebut bertemu dengan dua pelancong wanita, berusia 21 dan 22 tahun secara kebetulan di jalan pendakian dan mengajak mereka keluar dari laluan.

    Mereka berkata dalam satu kenyataan bahawa dia mula-mula memaksa wanita yang lebih muda untuk ke tanah dan mencuba untuk menanggalkan pakaiannya.

    Apabila wanita yang lebih tua cuba membantunya, perkelahian pun tercetus dan suspek tersebut didakwa menolaknya ke bawah cerun yang curam. Dia jatuh kira-kira 50 meter dan mengalami kecederaan di kepala, lebam dan calar, tetapi selamat.

    Suspek tersebut kemudian didakwa mencekik wanita yang lebih muda itu sehingga tidak sedarkan diri dan merogolnya, kata pendakwa raya, sebelum menolaknya ke bawah cerun juga. Wanita itu meninggal dunia. – AP

    Seorang lelaki AS membunuh dan menyerang dua pelancong wanita dari AS berhampiran istana Neuschwanstein di Jerman pada bulan Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...