WASHINGTON, 18 APRIL – Pendakwa raya di negeri Missouri Amerika Syarikat (AS) mengemukakan pertuduhan jenayah kelmarin terhadap seorang lelaki kulit putih berusia 85 tahun selepas dia didakwa menembak dan mencederakan seorang remaja kulit hitam yang tersilap menekan loceng pintu rumahnya.
Ralph Paul Yarl, 16, berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak dua kali, sekali di kepala, malam Khamis lalu apabila dia menekan loceng pintu di rumah yang salah ketika cuba mengambil adik kembarnya dari rumah rakan berhampiran.
Kemarahan meningkat berhubung kes itu sepanjang hujung minggu, selepas didedahkan bahawa pemilik rumah telah dibebaskan tanpa pertuduhan berikutan 24 jam dalam tahanan. – AFP


