Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki AS dipenjara bawa masuk ubat terlarang ke Bali

    DENPASAR, INDONESIA, 6 OGOS – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun selepas didakwa mengimport ubat mengandungi bahan terlarang ke Indonesia, dalam perbicaraan yang bermula di pulau peranginan Bali kelmarin.

    Tertuduh, William Wallace Molyneaux V, 27, dari Brooksville, Florida, ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 23 Mei lalu selepas dipercayai mengambil bungkusan mengandungi ubat diklasifikasikan sebagai dadah di sebuah pejabat pos berhampiran Pantai Kuta, lokasi tumpuan pelancong.

    Pendakwa raya, I Made Dipa Umbara, memaklumkan mahkamah bahawa penahanan suspek dibuat berdasarkan maklumat bahawa dia menerima bungkusan mencurigakan dari London. Pemeriksaan oleh Agensi Narkotik Bali menemukan 99 biji pil Adderall yang dibungkus dalam tujuh kotak perak dengan jumlah kandungan 1.86 gram amphetamine.

    Penduduk Brooksville, Florida, 27, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia ketagih amfetamin kerana dia mengalami gangguan hiperaktif kekurangan perhatian, atau ADHD.

    Menurut siasatan, Molyneaux mengaku membeli ubat tersebut dari laman gelap dan membayarnya menggunakan mata wang kripto Monero sebanyak AS$250 ketika sedang bercuti di Bali.

    “Adderall adalah ubat untuk rawatan ADHD yang mengandungi amphetamina. Semua ubat mengandungi bahan itu adalah dilarang di Indonesia tanpa pengecualian,” jelas Umbara kepada Mahkamah Daerah Denpasar.

    Tertuduh kini berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk mengimport dadah, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda sehingga 10 bilion rupiah (AS$609,980).

    Dokumen mahkamah turut menunjukkan bahawa Molyneaux telah dipindahkan dari pusat tahanan ke pusat pemulihan di Bali pada 9 Julai lalu, selepas menerima pengesahan bertulis daripada doktor di as bahawa beliau mengalami ADHD dan memerlukan rawatan khas.

    Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim itu ditangguhkan sehingga 12 Ogos ini bagi mendengar keterangan saksi. – AP

    William Wallace Molyneaux V memasuki bilik mahkamah di Denpasar, Bali, Indonesia pada 5 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda