Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki asing berdepan 6 pertuduhan pemerdagangan manusia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Pendakwa raya hari ini telah mendraf lebih banyak pertuduhan terhadap seorang lelaki Bangladesh berusia 42 tahun bagi pemerdagangan manusia.

    Khairul Bashar menafikan kesemua enam pertuduhan terhadapnya yang dikemukakan oleh timbalan-timbalan pendakwa raya Rozaimah Abdul Rahman dan Nor’adliatul Hidayah Haji Mohd Zaidi di Mahkamah Tinggi.

    Pesuruhjaya Kehakiman Muhammed Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Kolonel (B) Dato Seri Pahlawan Haji Kefli mendengarkan bahawa Khairul Bashar didakwa melakukan enam pertuduhan di bawah Seksyen 4 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang 2004 kerana melakukan kesalahan pemerdagangan orang.

    Siasatan mendapati defendan memperdagangkan enam lelaki Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam pada 2018 dan 2019 melalui penipuan untuk tujuan kerja paksa.

    Setiap pertuduhan membawa hukuman denda maksimum $1,000,000, penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

    Mahkamah menangguhkan kes tersebut hingga 10 Mei depan untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...