Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Australia didakwa akibat dera anak damit

    SYDNEY, 16 JUN – Seorang lelaki di Australia didakwa atas pertuduhan mendera seorang anak damit yang baru lahir, lapor Xinhua.

    Polis Queensland hari ini telah memaklumkan anggota Unit Perlindungan dan Penyiasatan Kanak-Kanak (CPIU) memulakan siasatan pada 5 Mac selepas seorang anak damit elaki berusia tujuh minggu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

    Pemeriksaan perubatan ketika itu didakwa mendapati anak damit berkenaan mengalami kecederaan serius yang konsisten dengan penderaan fizikal berpanjangan dan berulang, mendorong pihak berkuasa untuk mengambilnya daripada jagaan seorang lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 26 tahun.

    Selepas siasatan menyeluruh, Polis Queensland hari ini turut memaklumkan, lelaki berusia 27 tahun dari selatan Brisbane telah didakwa atas satu pertuduhan mendera dan tiga pertuduhan menyerang sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

    Pemangku Detektif Sarjan Kanan, Joshua Brewer, dalam satu kenyataan berkata kes itu sangat menyayat hati dan pihaknya menjalankan siasatan dengan teliti dan penuh komitmen bagi menyelamatkan mangsa.

    Jika disabitkan kesalahan mendera, lelaki itu berdepan hukuman penjara maksimum 14 tahun. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda