Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki baiki kelong dikhuatiri lemas di Tanjung Aru

    LABUAN, 1 Nov – Seorang lelaki yang membaiki sebuah kelong di Tanjung Aru, Menumbok dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan ombak dalam kejadian malam tadi.

    Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata mangsa yang dikenali sebagai Ag Tahir Daud, 58 dilaporkan dilihat kali terakhir di atas kelong itu pada 8 malam sebelum dilaporkan hilang.

    APMM menerima laporan pada 9.45 malam dan menggerakkan sebuah kapal serta dua bot peronda awal pagi ini dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Polis Marin Labuan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan nelayan tempatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipercayai melakukan kerja-kerja pembaikan di atas kelong tersebut yang terletak kira-kira satu batu nautika dari pantai.

    “Lelaki itu dilihat cuba berenang ke arah botnya yang terlepas ikatan daripada struktur kelong namun gagal dan hilang dari pandangan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda