Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Bangladesh dihukum bawah akta imigresen

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Seorang lelaki warga Bangladesh dihukum penjara empat bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan di bawah akta imigresen.

    Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Ramjan, 27, yang mengaku bersalah tinggal melebihi tempoh di negara ini selepas pas khas yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 16 Jun 2015.

    Tertuduh ditahan sepasukan penguatkuasa imigresen pada 4 Disember 2014 di Kuala Belait untuk siasatan apabila didapati melakukan kesalahan di bawah akta imigresen.

    Sementara menunggu siasatan selesai dijalankan, tertuduh dikeluarkan pas khas sehingga 16 Jun 2015.

    Pegawai Pendakwa Imigresen, Haji Sufri bin Amadi memberitahu mahkamah bahawa tertuduh gagal untuk melanjutkan tempoh pas khas yang dikeluarkan kepadanya sebaliknya telah tinggal selama 895 hari di negara ini selepas pas itu mansuh.

    Tertuduh hanya menyerah dirinya ke bahagian penguatkuasaan pada 27 November 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda