Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Bangladesh dipenjara 3 bulan, sebat

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman tiga bulan penjara dan tiga sebatan ke atas lelaki warga Bangladesh yang tinggal melebihi tempoh di negara ini.

    Mohammad Nasir, 30, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman kerana tinggal selama 324 hari setelah pas kerjanya mansuh pada 19 Februari 2017.

    Pegawai Pendakwa Imigresen, Adi Yusra bin Haji Adanan memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh diberkas pasukan penguatkuasaan imigresen di kawasan Tamu Peranginan Kianggeh pada 9 Januari 2018 pada jam 9 pagi, hasil maklumat daripada orang ramai.

    Tertuduh mengemukakan pasportnya yang didapati telah mansuh.

    Mahkamah turut dimaklumkan yang tertuduh masuk ke negara ini pada 20 Februari 2015 di bawah tajaan syarikat pembinaan.

    Bekas majikannya hanya melanjutkan tempoh pas kerjanya sehingga 19 Februari 2017 sahaja dan tidak ada lanjutan tempoh dibuat selepas tarikh itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda