Sunday, November 24, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Bangladesh terima hidayah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Majlis pengislaman bagi seorang lelaki warga Bangladesh, Subas Chandra Sutradar, 26, telah diadakan di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman.

    Turut hadir penaung bersama Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong, dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Subas Chandra Sutradar yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Anas bin Abdullah.

    Majlis pengislaman disempurnakan di hadapan pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Dakwah, PDI.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan, dan acara diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Muhammad Anas melafazkan Dua Kalimah Syahadah semasa majlis pengislaman di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda