Saturday, February 8, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki kaukasia terima hidayah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Seorang lelaki kaukasia berusia 60 tahun telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang berlangsung di Kampung Manggis Dua, Berakas, kelmarin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Christian Benjamin David yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Daud.

    Majlis pengislaman disempurnakan di hadapan para pegawai dan kakitangan Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, yang diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan.

    Acara diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Sejak awal Januari hingga 26 Januari lalu, lapan orang yang telah memeluk agama Islam di Daerah Brunei dan Muara.

    Muhammad Daud melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan tetamu kehormat majlis dan tetamu yang lain. – Gambar serahan PDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda