Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki baran didenda $2,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Seorang lelaki tempatan diarahkan untuk membayar denda sebanyak $2,000 di Mahkamah

    Perantaraan hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang seorang pemandu lelaki lain di jalan raya.

    Haji Sawal bin Sapar, 64, akan berdepan hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Hakim Muhammed Faisal bin PDJLDR DSP Haji Kefli ketika mendengarkan fakta kes yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Jumat bahawa kejadian itu berlaku kira-kira tengah hari pada 25 April 2019, di mana tertuduh sedang memandu keretanya bersama anak menantu lelakinya, anak perempuan dan dua orang cucunya sebagai penumpang ketika itu.

    Ketika tertuduh memandu di lorong sebelah kiri jalan antara Sekolah Menengah Chung Hwa dan Pusat Belia, tertuduh telah menukar lampu penunjuk bagi memberi isyarat untuk menukar lorong ke sebelah kanan.

    Walau bagaimanapun mangsa berusia 54 tahun yang memandu kereta di lorong sebelah kanan melimpasi kereta tertuduh.

    Melihat tindakan tersebut, tertuduh kemudiannya mengikuti mangsa sehinggalah ke sebuah kawasan di mana tertuduh berjaya memotong dan memberhentikan kereta mangsa dengan menghalangnya.

    Mangsa kemudiannya keluar dari kenderaannya dan menuju ke arah tertuduh yang juga turun dari keretanya untuk bertanya kenapa tertuduh bertindak menghalang keretanya.

    Tertuduh kemudiannya menumbuk mangsa dan menyebabkan gigi mangsa patah. Tertuduh turut cuba untuk membuat tumbukan buat kali kedua namun berjaya dielak oleh mangsa.

    Tertuduh kemudiannya menuju masuk kembali ke keretanya dan memandu ke rumahnya.

    Walau bagaimanapun mangsa kemudiannya terus melaporkan kejadian tersebut kepada polis yang mana menyebabkan kepada penangkapan tertuduh pada 28 April 2019. Tertuduh juga diwakili oleh Peguam Bela, Sheikh Noordin bin Sheikh Mohammad.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda