Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki bawa barang seludup didenda lebih $127,000

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Seorang warga tempatan berusia 42 tahun telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, untuk menjelaskan denda $127,500 kerana memiliki rokok seludup dan minuman keras.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan Jasman bin Aman menjalani hukuman penjara 22 bulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas dia mengaku bersalah memiliki 135 karton rokok pelbagai jenama dan 21 tin pelbagai jenis minuman keras.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan mahkamah pegawai pencegah kastam telah menahan defendan di dalam keretanya di Kampung Labu Estate, Daerah Temburong selepas dia lari daripada sekatan jalan disusuli dengan insiden kejar-mengejar.

    Pegawai kemudian menemui barang seludup yang dibawa oleh defendan di dalam keretanya pada 6:05 pagi, 6 September 2020.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda