Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Belanda terbunuh di Filipina

    MANILA, 31 MEI – Seorang lelaki pengkaji burung warga Belanda yang ditawan oleh militan dikaitkan dengan Daesh, terbunuh hari ini dalam pertempuran bersenjata antara penculiknya dan askar di selatan Filipina, menurut tentera, mengatakan dia ditembak oleh penculiknya ketika cuba melarikan diri.

    Ewon Horn diculik semenjak 2012 lagi oleh kumpulan militan yang menuntut wang tebusan, Abu Sayyaf dan tercedera sehingga membawa kematian ketika tentera berbalas tembakan dengan militan dalam masa 90 minit pertempuran di kubu kuat mereka, Pulau Jolo.

    Kementerian Luar Belanda mengesahkan Horn mati dalam ‘kejadian berbalas tembakan’ dan ia sedang menyiasat punca sebenar kematiannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda