Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki beli anting-anting jenama Cartier berharga AS$28

    MEXICO, 1 MEI – Seorang lelaki Mexico telah merai kemenangan ke atas jenama mewah Perancis, Cartier, berkata satu kesilapan membolehkannya membeli dua pasang anting-anting dengan harga AS$28 yang sepatutnya berharga hampir AS$28,000.

    Selepas bergelut selama empat bulan, doktor Rogelio Villarreal berkata dia akhirnya menerima barang kemas itu, yang dituduhnya enggan dihantar oleh syarikat itu selepas pembelian dalam taliannya pada Disember.

    Menurut Villarreal, dia terjumpa anting-anting berharga rendah itu ketika melayari Instagram.

    “Saya betul-betul terkejut dan naik peluh sejuk,” tulisnya di platform media sosial X.

    Cartier enggan mengiktiraf pembelian itu dan menawarkan Villarreal bayaran balik serta sebotol champagne dan pemegang pasport sebagai pampasan, menurut surat syarikat yang dikongsi oleh doktor itu.

    Namun Villarreal menolak tawaran itu dan memutuskan untuk membawa kes itu ke agensi perlindungan pengguna di Mexico, yang memihak kepada doktor.

    Cartier menerima keputusan itu, umum Villarreal. “Perang sudah berakhir. Cartier mematuhinya,” tulisnya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda