Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki berang mengamuk di lapangan terbang New York

    NEW YORK, 27 Jan – Seorang lelaki Massachusetts dituduh menyerang seorang kakitangan penerbangan beragama Islam di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York, dikatakan menendang dan menjeritkan kata-kata lucah terhadap wanita itu dan memberitahunya bahawa Presiden Donald Trump ‘akan menyingkirkan kamu semua,” menurut pihak berkuasa.

    Pejabat Peguam Daerah Queens berkata Robin Rhodes, dari Worchester, tiba dari Aruba dan sedang menantikan penerbangan ke Massachusetts malam Rabu lalu apabila dia menghampiri seorang kakitangan Delta, Rabeeya Khan yang memakai hijab ketika wanita itu sedang duduk di pejabatnya.

    Peguam Daerah Queens, Richard A Brown berkata Rhodes muncul ke arah pintu dan mula menyelar dengan kata-kata lucah, dengan bertanya kepada wanita itu jika dia sedang solat. Rhodes kemudian dikatakan menumbuk pintu, yang menghentak belakang kerusi Khan. Khan bertanya kepada Rhodes apa yang telah dilakukannya kepadanya dan Rhodes menjawab “Anda tidak melakukan apa-apa,” Dia kemudian memaki dan menendang kaki Khan, menurut Brown.

    Gambar fail pada 6 April 2013 menunjukkan jet Delta ketika terbang melintasi papan iklan syarikat di Citi Field, di New York. Seorang lelaki Massachusetts dikatakan menyerang seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Kennedy New York akan menghadapi tuduhan jenayah kebencian. - AP
    Gambar fail pada 6 April 2013 menunjukkan jet Delta ketika terbang melintasi papan iklan syarikat di Citi Field, di New York. Seorang lelaki Massachusetts dikatakan menyerang seorang pekerja syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Kennedy New York akan menghadapi tuduhan jenayah kebencian. – AP

    Apabila ada orang lain yang cuba menenangkan Rhodes, Brown berkata Rhodes beredar dari pintu itu dan Khan kemudian berlari keluar dari pejabat.

    Rhodes mengekorinya, dan kemudian melutut dan mula menundukkan kepalanya dalam meniru cara bersolat, lalu menjeritkan kata-kata lucah dan berkata “Trump di sini sekarang.”

    Beliau akan menyingkirkan kamu semua. Anda boleh bertanya kepada Jerman, Belgium dan Perancis tentang orang sebegini. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda